mcmc
Uncategorized

Melindungi Hak Pengguna: Mekanisme Pampasan bagi Pembatalan Konsert Dibincangkan

𝐒𝐮đĻ𝐛𝐞đĢ: 𝐌𝐞𝐝đĸ𝐚 đŦ𝐨đŦđĸ𝐚đĨ đĢ𝐚đŦđĻđĸ 𝐘𝐁 𝐅𝐚𝐡đĻđĸ đ…đšđđŗđĸđĨ, 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞đĢđĸ 𝐊𝐨đĻ𝐮𝐧đĸ𝐤𝐚đŦđĸ

Hari ini saya dan YB Teo Nie Ching (åŧ åŋĩįž¤) telah bertemu dengan Persatuan ALIFE (mewakili penganjur-penganjur konsert) dan syarikat-syarikat jualan tiket utama. Turut hadir bersama ialah Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Azman Adam, serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Tn. Zubir Hamsa.

Kami teliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert, serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.

Selain dari ejen jualan tiket, pengguna juga boleh menggunakan proses Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan, di mana pihak tribunal akan menilai dan menentukan kelayakan pampasan.

Perbincangan ini mengukuhkan komitmen Kerajaan MADANI dan semua pihak dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan.