1. Program Celik IT : Suriumah
Tarikh | : 1hb, 6hb, 8hb, 14hb, 15hb, 22hb |
Masa |
: 10.00 Pagi – 01.00 Petang |
Lokasi | : Bilik Latihan PEDi Long Lama |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Membantu surirumah mahir menggunakan dan mengenal perkakasan komputer melalui kelas yang berlanjutan.
Aktiviti
- Petugas memastikan nota disediakan dan diberikan kepada pelajar, dan 20 minit yang terawal adalah masa untuk petugas melihat hasil kerja rumah pelajar.
- Latihan pengukuhan dan kerja rumah (netbook PI).
- Memastikan pelajar faham dan menggalakkan pelajar bertanya.
- Tayangan video Klik Dengan Bijak di penghujung kelas. (Semua aktiviti)
2. PERMAINAN PENDIDIKAN
Tarikh | : 29hb |
Masa |
: 4.00 petang – 05.00 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan PEDi Long Lama |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Menilai tahap pengetahuan para pelajar iaitu pembelajaran melalui aplikasi permainan pendidikan.
Aktiviti
Mengajak pelajar bermain sekaligus berlatih menaip menggunakan laman /www.typing.com
3. Pemohonan Pekerjaan –SPA / E-erecruitment
Tarikh | :19hb |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan PEDi Long Lama |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Membantu lepasan untuk mengisi jawatan atas talian dalam portal SPA dan E-erecruitment
Aktiviti
Mengunjungi laman web, mengisi dan memuat dokumen berkaitan untuk mengisi jawatan atas talian.Turut melayari laman web yang menyenaraikan jawatan kosong.
4. Program Celik IT : PELAJAR MISSION EVANGELICAL THEOLOGIA SCHOOL (METS) LONG LAMA
Tarikh | : 18hb |
Masa |
: 02.30 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi | : Bilik Latihan PEDi Long Lama |
Peserta | : 13 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan berkaitan asas penggunaan computer dan kepentingan internet.
Aktiviti
Kelas pertama pelajar METS Beto Long Lama, petugas memulakan kelas dengan pengenalan kepada perkakasan komputer. Memberi penerangan tentang kepentingan menguasai asas penggunaan komputer dan internet. Kelas diakhiri dengan tayangan Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet.
5. Resume
Tarikh | : 18hb , 26hb |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi | : Bilik Latihan PEDi Long Lama |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Memahirkan pelajar menggunakan enjin carian ‘google’ sekaligus perisian Microsoft Office Word.
Aktiviti
Menggunakan internet ; enjin carian ‘Google’ untuk dapatkan contoh resume, dan menaip resume Microsoft Office Word.
6. BENGKEL ROTI DAN KEK
Tarikh | : 18hb , 26hb |
Masa |
: 8.00 Pagi – 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Long Lama |
Peserta | : 25 Orang |
Tujuan
Membantu surirumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat roti bun dan menghias kek dan juga sesuai bagi yang mahu memperoleh pendapatan sampingan
Aktiviti
Dua sesi bengkel diadakah dan dimulakan dengan cara membuat bun kemudian tips menghias kek.
7. KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Tarikh | : 30hb |
Masa |
: 8.00 Pagi – 5.00 Petang |
Lokasi | : Bilik Latihan PEDi Long Lama |
Peserta | : 42 Orang |
Tujuan
- Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
- Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia
- Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
- Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah/ sisa makanan yang teratur
- Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul
- Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
- Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
- Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
- Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
- Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan
Aktiviti
Kursus dikendalikan oleh Dr Elexson Nillian