mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2025

TERAS PERKHIDMATAN: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR NADI: NADI-MAHIR
SUB-PROGRAMMAHIR-JAHIT
TARIKH & HARI1HB ,8HB, 13HB,18 MAC 2025 | SABTU
MASA: 02.30 PM – 05.00 PM
PLATFORM & TEMPAT Online (Live Stream) di NADI Long Lama
JUMLAH PESERTA: 4 ORANG
AKTIVITI 1

🎯TUJUAN

  1. Meningkatkan kemahiran asas dan lanjutan dalam bidang jahitan kepada peserta dari pelbagai peringkat usia.
  2. Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti setempat.
  3. Memberi pendedahan kepada platform pembelajaran digital melalui siaran langsung yang mudah diakses.

🌟KEBAIKAN

  1. Menambah ilmu dan kemahiran baru secara praktikal dan menyeronokkan.
  2. Mengukuhkan hubungan komuniti melalui aktiviti pembelajaran bersama secara dalam talian.

TERAS PERKHIDMATAN: INISIATIF KERAJAAN
PROGRAM: PROGRAM NADI X KOMUNITI MADANI 2025
PENGISIAN: 1. NADI – TAKLIMAT MENGENAI KEMPEN KESELAMATAN SIBER
(CYBERSAFE)
2. JAPEN – PENGENALAN CHATBOX SEBENARNYA.MY (AIFA)
TARIKH & HARI: 7 MAC 2025 | SABTU
MASA: 10.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT: NADI Long Lama (Bilik Latihan)
PIHAK TERLIBAT / KOLABRASI1. PEJABAT PENERANGAN DAERAH TELANG USAN
2. KOMUNITI MADANI LONG LAMA – 1 PESERTA
3. KOMUNITI MADANI UMA AKEH – 2 PESERTA
4. KOMUNITI MADANI LONG LAPUT – 4 PESERTA
AKTIVITI 2

🎯TUJUAN

  1. Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap ancaman keselamatan siber dan penyebaran maklumat palsu di platform digital.
  2. Memberi pengetahuan tentang langkah-langkah melindungi diri dalam talian, termasuk cara mengenali penipuan siber dan berita palsu.
  3. Memperkenalkan alat bantuan seperti AIFA bagi menyemak kesahihan maklumat dengan mudah melalui WhatsApp.
  4. Mendidik masyarakat agar menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab dan beretika.

🌟KEBAIKAN

  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman siber dan kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya.
  2. Membantu pengguna melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian melalui pendedahan kepada langkah keselamatan digital dan penggunaan alat semak fakta seperti AIFA.
  3. Melalui aktiviti seperti ini, NADI dapat diperkenalkan kepada komuniti Daerah Telang Usan, sekaligus menarik minat penyertaan ahli baharu

TERAS PERKHIDMATAN: KESEDARAN
PROGRAM: PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL – BULI SIBER
TEMPOH PERTANDINGAN: 15HB – 20HB MAC 2025
TEMPAT:  NADI LONG LAMA
PIHAK TERLIBAT / KOLABRASI: 1. SK UBONG IMANG
2. SJK (C) KEE TEE
JUMLAH PELAJAR: 19 ORANG
AKTIVITI 3

🎯TUJUAN

  1. Meningkatkan kesedaran pelajar tentang isu buli siber melalui medium kreatif seperti reka bentuk poster digital.
  2. Membina kemahiran digital dan komunikasi visual dalam kalangan pelajar dengan memberi peluang untuk mengekspresikan idea berkaitan keselamatan siber secara kreatif.

🌟KEBAIKAN

  1. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap bahaya buli siber serta cara untuk mengelakkan atau menanganinya dalam dunia digital.
  2. Menggalakkan pembelajaran berasaskan projek dan penggunaan teknologi, sekaligus menyokong inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui pendekatan praktikal dan berimpak tinggi.

TERAS PERKHIDMATAN: KESEDARAN
PROGRAM: ANCAMAN SIBER DALAM E-SPORT
TEMPOH PERTANDINGAN: 15HB MAC 2025 | SABTU
TEMPAT:  NADI LONG LAMA
JUMLAH PELAJAR: 6 ORANG
AKTIVITI 4

🎯TUJUAN

  1. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap risiko keselamatan siber yang wujud dalam dunia e-sukan.
  2. Memberi pendedahan tentang tindakan bijak dan selamat semasa berinteraksi dalam permainan atas talian.

🌟KEBAIKAN

  1. Peserta dapat memahami jenis ancaman digital seperti penyamaran identiti, buli siber, dan penggodaman dalam e-sukan.
  2. Membantu membentuk sikap bertanggungjawab dan beretika ketika bermain dalam persekitaran digital.