1. PROGRAM CELIK IT : PELAJAR MISSION EVANGELICAL THEOLOGIA SCHOOL (METS) BETO LONG LAMA
2. AKTIVITI SEMPENA MERDEKA : PERTANDINGAN SLAID PALING MENARIK
Tarikh | : 2hb, 23hb |
Masa |
: 2.30 petang – 5.00 Petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Long Lama |
Peserta | : 13 orang |
Tujuan
- Pengenalan kepada Microsoft Power Point
- Memahirkan pelajar membina slaid dan internet.
- Memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.
- Eratkan Kerjasama dengan individu/organisasi lain dalam program-program berkaitan.
Aktiviti
- Petugas membuat pembahagian kumpulan berdasarkan penguasaan kemahiran.
- Petugas menggunakan modul yang tersedia di Intel Easy Step dalam rujukan pembelajaran.
- Petugas menyediakan latihan pengukuhan dan menggalakkan pelajar bercakap/membentang hasil kerja
- Dengan persetujuan Pihak Sekolah METS Beto Long Lama, netbook di agihkan untuk dipinjam dan penggunaan oleh pelajar METS.
- Petugas menganjurkan pertandingan Slaid paling menarik dengan tajuk “Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia” sempena menyambut bulan Kemerdekaan, dimana Petugas menjemput Encik Donny Sani dari Pejabat Penerangan untuk menjadi juri .
3. AKTIVITI SEMPENA MERDEKA : PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI
Tarikh | : 22hb, 23hb |
Masa |
: 22hb: 4.00 petang – 4.30 Petang 23hb : 2.00 Petang – 3.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Long Lama |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti
- Petugas menyediakan bahan, dan pemenang yang paling cepat dan lengkap mencari perkataan tersembunyi diiktiraf sebagai pemenang.
- Aktiviti tambahan ini amat sesuai untuk semua peringkat umur dan pendekatan yang sesuai untuk proses pembelajaran Bahasa Malaysia.
-
Tayangan video Hari Kemerdekaan
4. ASAS KOMPUTER – WARGA EMAS
Tarikh | : 6hb , 13hb |
Masa |
: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Long Lama |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
- Mengapdatasikan warga emas dengan persekitaran jaringan digital.
- Menguasai asas komputer.
Aktiviti
- Pengenalan akan perkakasan computer.
- Cara hidupkan dan matikan computer.
- Latihan menaip untuk membantu memahami fungsi setiap papan kekunci.
5. Program Celik IT : Suriumah
Tarikh | : 2hb, 16hb, 23hb |
Masa |
: 9.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi) Long Lama |
Peserta | : 2 Orang |
Tujuan
Membantu surirumah mahir menggunakan dan mengenal perkakasan komputer melalui kelas yang berlanjutan.
Aktiviti
- Petugas menyediakan latihan pengukuhan yang memerlukan internet dan Microsoft office word.
- Mencari maklumat dan penggunaan copy/paste/cut
- Bekerja dengan Microsoft Office Word iaitu jadual,menambah gambar,mereka bentuk halaman.