mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER (1) 2025

PROGRAMPROGRAM KHAS MERDEKA & HARI KEBANGSAAN @NADI
TARIKH7 SEPTEMBER 2025 (AHAD)

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI Long Lama

LONG LAMA, 7 September 2025 (Ahad) – Program Khas Merdeka & Hari Malaysia telah berlangsung dengan meriah di NADI Long Lama pada 7 September 2025 bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat yang hadir bersama-sama memeriahkan suasana.

Tujuan Program

Penganjuran ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat serta menjadikan NADI sebagai pusat tumpuan komuniti untuk beraktiviti, berinteraksi dan memperoleh manfaat bersama.

Kebaikan Program

Fokus utama program ini adalah untuk memperkenalkan 5 Perkhidmatan Pintar NADI kepada masyarakat setempat agar mereka lebih celik digital dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Selain itu, program ini turut membawa kebaikan lain seperti:

  • Menyemai semangat cinta negara.
  • Mengukuhkan silaturahim masyarakat.
  • Meningkatkan kesedaran kesihatan melalui saringan percuma.
  • Membuka peluang komuniti digital yang lebih inklusif.

Aktiviti Menarik

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya:

  • Penyampaian Hadiah Pertandingan: Pertandingan Mewarna Bertemakan Merdeka, Program Mahir Masak (Nasi Goreng Istimewa Merdeka), dan Pertandingan MLBB (1 lawan 1).
  • Aktiviti Komuniti: Saringan Kesihatan Kendiri Percuma, Pendaftaran Ahli NADI, serta Sesi Live bersama YB Menteri Komunikasi.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya memupuk semangat cinta negara tetapi juga memperkukuh peranan NADI sebagai hab komuniti dengan memperkenalkan 5 Perkhidmatan Pintar yang menjadi teras perkhidmatan untuk masyarakat setempat.

Lihat Gambar Disini