Taman Negara Loagan Bunut
(Sumber: http://go2travelmalaysia.com/tour_malaysia/swak_loaganbunut.htm)
Pada tahun 1 Julai 1990, Loagan Bunut diwartakan sebagai taman negara dan dibuka kepada orang ramai pada 29 ogos 1991.. Terletak kira-kira 130 km dari bandar raya Miri dan hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Long Lama ke Taman Negara Loagan Bunut. Keluasan kawasan Taman Negara Loagan Bunut 10,736 hektar dan di tengah kawasan inilah terletaknya loagan atau tasik bunut yang meliputi kawasan seluas 6.5 km persegi yang terbentuk di antara Sungai Teru dan Batang Tinjar dan bahagian hulunya bertemu dengan kawasan tadahan Sungai Baram.
Keindahan lanskap dan panorama hijau Taman Negara Loagan Bunut sangat seesuai dan mempunyai keunikannya tersendiri. Pengunjung boleh melihat kepelbagaian bio seperti 500 spesies tumbuhan berbunga termasuk orkid dan herba, 190 spesies burung, 70 jenis ikan, 20 spesies katak dan 30 spesies reptilia. Tasik ini juga dihuni oleh buaya spesies false gharial atau jejulong. Dengan kedalaman kira-kiran 4 hingga 5 meter , Tasik Taman Negara Loagan Bunut yang berusia 10,000 tahun ini mengalami fenomena “pengeringan” pada setiap tahun iaitu musim kemarau antara bulan mac hingga September. Uniknya, kepelbagaian flora dan fauna ini akan berubah setiap kali tasik ini mengalami perubahan.
Jenis penginapan disediakan untuk pengunjung iaitu :
- Hostel sebanyak 4 bilik dan 7 katil bertingkat setiap bilik
- Tempat Berkhemah
- Chalet – 3 Katil setiap bilik, dilengkapi penghawa dingin /Chalet Mutiara Bunut, Kumbang Leng Chalet dan Adam Chalet (Diusahakan oleh Kaum Berawan)
Kemudahan lain-lain : Kantin, rumah bot, ,rumah penyimpanan, loji perawatan air bagi kemudahan penginap, rumah janakuasa elektrik, pondok-pondok rehat, jeti, tempat pejalan kaki dan kawasan letak kereta yang luas serta kemudahan jalan raya berturap dari simpang masuk hingga ke ibu pejabat taman negara.
Kawasan Taman Negara Loagan Bunut sangatlah luas. Selain daripada menggunakan bot mengelilingi tasik bermula di jeti seterusnya memasuki Sungai Bunut dan Sungai Bunan, pengunjung juga boleh rujuk kepada juru pandu untuk lawatan laluan pendidikan. 5 pilihan tersebut iaitu:
-
Laluan Tapang (260m)
-
Laluan Belian (720m)
-
Bukit Paron
-
Laluan Hidupan Liar (2km)
-
Laluan Hidrologi (2.5km)
Tidak ketinggalan juga, kawasan perkuburan tradisional masyarakat kaum Berawan di Pulau Tengah iaitu sebuah pulau kecil yang terletak di tengah-tengah tasik tersebut. Kawasan perkuburan tua ini masih digunakan oleh penduduk kampung sehingga ke hari ini. Pengunjung turut berpeluang untuk mengenali cara perikanan tradisi Kaum Berawan iaitu ‘selambau’. Pengunjung bukan sahaja boleh menyaksikan para nelayan menangkap ikan malah boleh membeli terus dengan harga yang berpatutan.
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber :Loagan Bunut National Park |
Pengunjung yang ingin berkunjung ke Taman Negara Loagan Bunut boleh menggunakan pengangkutan darat iaitu pancuan empat roda, dan jika pengunjung dari pekan Marudi pula boleh menggunakan pengangkutan sungai iaitu bot express dari Marudi ke Lapok.