mcmc
Galeri Foto

PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN DAN CERAMAH PERDANA

 

PROGRAM : DEMONSTRASI MASAKAN DAN CERAMAH PERDANA 

TARIKH          : 12 APRIL 2016

Program ini merupakan anjuran pihak KEMAS Daerah Marudi yang bertempatkan di Pusat Internet 1Malaysia Long Lama.Program ini dimulakan dengan demonstrasi masakan oleh pegawai KEMAS, dan semua pengunjung yang hadir diberikan resipi menu untuk rujukan. Dalam program ini juga, Puan Elizabeth Mujan telah menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk “PERSEPSI”. Dalam ceramahnya, beliau menerangkan maksud persepsi, kesan persepsi negatif terhadap masyarakat dan negara di sekiranya tidak dikawal, dan beliau memberi galakan agar semua pengunjung yang hadir haruslah menguruskan persepsi dengan lebih positif. Selesai ceramah tersebut, pihak Pusat Internet 1Malaysia Long Lama memberi kata penutupan sekaligus mempromosi perkhidmatan dan aktiviti terkini kepada pengunjung, menggalakkan penyertaan daripada pengunjung dewasa di masa akan datang. Risalah Pusat Internet 1Malaysia di edarkan.