PROGRAM : JELAJAH ILMU
TARIKH : 15 APRIL 2016
Program anjuran bersama Perpustakaan Awam Long Lama dan Pusat Internet 1Malaysia Long Lama. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah sesi membaca buku cerita, 30 minit membaca buku , pengenalan ringkas mengenai komputer dan Mewarna Digital. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Awam dan Pusat Internet 1Malaysia. Pelbagai pendedahan seperti kebaikan membaca buku, perkhidmatan peminjaman buku sekaligus memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas penggunaan komputer melalui aktiviti mewarna digital yang dijalankan.