Baram adalah sungai kedua terpanjang di Sarawak. Ia mempunyai lebih daripada 400 rumah panjang dan 6 pekan di lembah sepanjang alirannya. Pekan-pekan tersebut adalah Marudi, Long Lama, Bakong/Beluru, Long Akah, Long Teru/Lapok, dan Lubok Nibong (senarai lama sebelum 1990).
ASAL NAMA LONG LAMA
Maksud perkataan “Long” bagi masyarakat suku Kayan adalah “mouth or kuala” , manakala perkataan “Lama” pula ialah nama sebatang sungai iaitu “Lamah”. Asalnya, pekan ini dipanggil “Long Lamah” lama-kelamaan nama tersebut di ubah menjadi “Long Lama”.
SEJARAH PENUBUHAN PEKAN LONG LAMA
Lee Kai Tai
Menurut Sarawak Gazette, pada 3 Mac 1896 Long Lama merupakan pos perdagangan yang baru berkembang. Pos Perdagangan ini merupakan titik pertemuan bagi pedagang untuk membeli, menjual, dan menukar barang dagangan.Tiga orang Cina pertama iaitu Lee Kai Tai, Sim Ching Lok, dan Voon Tee Mui. Mereka berasal dari China, bekerja di Kuching sebelum mencuba nasib di Baram. Kemudian, trio ini bekerja untuk Chan Mou Soon di Marudi yang kemudiannya dengan gembira menaja usaha mereka lebih jauh ke hulu di Baram.
Pada tahun 1905, tiga tokoh menjalankan kegiatan perdagangan dan fokus utama mereka adalah penduduk kaum Kenyah dan Kayan di sekitar kawasan tersebut. Mereka telah mendirikan 3 buah kedai di seberang pekan Long Lama masa kini. Namun begitu, kawasan niaga tersebut berdekatan dengan sungai dan berisiko pada masalah tanah runtuh maka mereka pun berpindah.
Gambar hiasan : Sistem barter, hasil tempatan di tukar kepada barangan keperluan harian.
Dan ketika itu, pedagang dan penduduk setempat mengamalkan aktiviti sistem barter, iaitu pertukaran barangan keperluan asas dengan hasil tempatan contohnya jerotong , damar ,rotan, sarang burung sebagainya.
Penghijrahan pedagang cina dari tempat lain ke Long Lama sekitar tahun 1927 telah mengembangkan kedai asal yang hanya 3 buah kedai kepada 9 buah kedai perumahan berpapan. Seterusnya pada tahun 1990, kedai bangunan konkrit pun dibina.
Berikut senaraikan nama pedagang cina yang telah berniaga awal di Pekan Long Lama adalah seperti Yap, Wee, Sim, Lee,Yiap, Kang, Lai,Vun,Yeo,Tan,Pui dan Ho.
Ketahui lebih lanjut di sini :
![]() |
Sherman Bourne – Chinese Pioneers to Long Lama |